KUALA LUMPUR 9 Mei- Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menafikan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam artikelnya bertajuk ‘Setahun yang gagal’.

Berikut merupakan petikan daripada artikel tersebut:
“Dengan penjualan aset negara dan kerugian pertama Permodalan Nasional Berhad sebanyak RM6 billion, membuktikan betapa rakusnya ‘kerajaan sepenggal’ ini meratah kekayaan negara untuk diri mereka sendiri.”
Memuatkan artikel berkaitan…
Sehubungan itu, PNB dalam kenyataan di sini berkata, agensi itu tidak pernah merekodkan sebarang kerugian sejak penubuhannya. – UTUSAN ONLINE











