MBSA tawar diskaun sehingga 70 peratus sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

MBSA tawar diskaun sehingga 70 peratus sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan sehingga 70 peratus pengurangan kompaun bermula 6 Mei hingga 4 Jun ini.

–

MBSA dalam satu kenyataan memberitahu, bayaran bagi kompaun tempat letak kenderaan misalnya dikurangkan daripada harga biasa RM100 kepada RM30.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kempen pengurangan harga kompaun ini merupakan berita baik sepanjang bulan Ramadan 2019. Oleh itu, orang ramai tidak sepatutnya melepaskan peluang yang diberikan.

“Pembayaran boleh dilakukan di beberapa tempat antaranya Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel, Kaunter Utama MBSA, Pejabat Cawangan Setia Alam dan Pejabat Cawangan Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini