KUALA LUMPUR 8 Mei – Orang ramai dijemput memeriahkan program Iftar@Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan.
Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dalam satu kenyataan memberitahu, penganjuran program itu bagi menyemarakkan bulan Ramadan di samping memberi peluang kepada orang ramai menikmati keindahan ibu kota ketika berbuka puasa.
“Pada kali ini terdapat sedikit kelainan yang mana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan surau kontena bergerak serta penganjuran malam 7 Likur @River Of Life oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 25 Mei ini.
“Tujuan program ini adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah di samping mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











