Israel tanggung kerugian RM58 juta - Utusan Malaysia

Israel tanggung kerugian RM58 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA 8 Mei – Sebanyak AS$14 juta (RM58 juta) kos kerugian ditanggung oleh Israel selepas bangunan-bangunan di selatan Israel rosak selepas pertempuran sejak beberapa hari lalu.

Menurut Pengerusi Persatuan Kontraktor Pembinaan (RCA), Eran Siv, bangunan di selatan Israel adalah lebih mudah terjejas berbanding bangunan di tengah Israel.

“Kebanykan rumah mempunyai atap genting, jadi kerosakan dalam kes serangan langsung atau meskipun roket jatuh di kawasan berhampiran, adalah lebih dahsyat berbanding bangunan yang mempunyai bumbung konkrit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atap genting tidak menghalang roket daripada memasuki bangunan, jadi kerosakan terhadap struktur dan dalam apartmen adalah lebih besar,” kata Siv seperti dipetik oleh Jews News Syndicate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini