Agenda, komplot tersembunyi PTMP? - Utusan Malaysia

Agenda, komplot tersembunyi PTMP?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SIDANG
DUN Pulau Pinang sewajarnya menjadi medan terbaik membahas kontroversi berkaitan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Malangnya, pihak kerajaan gagal mengemukakan penjelasan meyakinkan, malah dilihat cuba menyembunyikan banyak perkara. Ini hanya akan menguatkan lagi persepsi wujudnya agenda dan komplot terselindung di sebalik projek mega itu.

Perbahasan dalam kalangan ADUN pihak kerajaan sendiri pun turut menampakkan banyaknya kekaburan dan kekeliruan berkaitan PTMP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika mereka selaku pihak bersama kerajaan pun berkeadaan sedemikian, maka tidak pelik rakyat umumnya lmerasa was-was dan sangsi.

Asasnya, penolakan berbangkit dalam kalangan rakyat dan banyak NGO adalah kerana PTMP juga tidak ‘cekap’ dan ‘akauntabiliti’ di mana jelas menghadirkan banyak impak negatif dan berkepentingan.

Di atas nama pembangunan dan sebagai kaedah menyelesaikan masalah sedia ada, ia rupanya menjadi satu bentuk ‘penjajahan’ baharu dan mengimport banyak beban untuk masa depan.

Rakyat sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan, kini telah tersisih dan bakal terusir keluar dari negeri ini atas pembangunan mewah sedang dipacu.

Walhal, tidak mempunyai kemampuan sendiri tetapi dipercayai begitu mengharap bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan pemaju.

PTMP juga dipersoal kemampanannya oleh ADUN pihak kerajaan semasa sidang minggu lalu berkaitan kelicinan perjalanan aliran trafik serta jangkaan peningkatan pencemaran udara dan bunyi.

Termasuk juga kemampuan kewangan yang tidak jelas pembiayaannya, selain jangkaan masa depan melibatkan kos penyelenggaraan sangat besar.

Isu penyelenggaraan juga melihat wujudnya ketidakmampuan mengadakan pengurusan strata dan sisa dengan baik. Ini mengundang risiko berkaitan kecemasan dan keselamatan, selain kebersihan dan keselesaan.

Perlu juga ‘diinsafi’ supaya tidak memenuhi nafsu pembangunan yang tidak seimbang. Antara kesan dapat dilihat dari pembangunan kediaman yang meningkat tiga kali ganda, tetapi terdapat 3,445 unit tidak terjual setakat ini. Ini belum termasuk isu berkaitan kelestarian alam semula jadi.

MOHD FARHAN YUSRI

Naib Ketua Pemuda 
Pas Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini