Serah justifikasi kewangan, baru dapat duit - Shapawi - Utusan Malaysia

Serah justifikasi kewangan, baru dapat duit – Shapawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Majlis Sukan Negara (MSN) hanya dapat menyalurkan peruntukan kewangan kepada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) jika mereka dapat memberikan justifikasi kewangan beserta pecahan perbelanjaan.

AHMAD SHAPAWI ISMAIL

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya sebelum ini bersetuju untuk menyalurkan bantuan peruntukan pemilihan atlet peringkat negeri dan kebangsaan sebanyak RM750,000 kepada ESM.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun katanya, mereka perlu mengemukakan permohonan tersebut secara rasmi beserta pecahan perbelanjaan kepada pihaknya bagi tindakan lanjut.

“Cadangan jumlah peruntukan juga adalah berdasarkan kepada cadangan ESM sendiri termasuk proses pemilihan yang dijalankan oleh setiap

persatuan negeri.

“MSN juga ada mencadangkan agar penganjuran Kejohanan Peringkat Kebangsaan tersebut diadakan di Gimnasium 2, MSN bagi mengurangkan kos penganjuran.

“Bagaimanapun ESM memilih untuk menganjurkan Kejohanan Peringkat Kebangsaan tersebut di pusat membeli belah Central I-City Mall yang akan melibatkan kos belanja yang lebih besar,” maklum Shapawi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua hari lalu, ESM mendakwa pihaknya masih belum menerima sebarang peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setakat 3 Mei untuk mengadakan Sesi Kelayakan Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA 2019.

Dalam masa sama meminta ESM berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan memandangkan mereka sebagai sebuah badan sukan muda yang wajar menumpukan usaha meningkatkan jaringan kerjasama dengan semua pemain industri sukan Elektronik.

“ESM sepatutnya bersyukur atas usaha Kerajaan mengiktiraf sukan mereka sebagai salah sebuah sukan baru yang agak penting dalam arus
pembangunan sukan negara.

“Sebaik mungkin ESM tumpukan perhatian mereka mengenalpasti kumpulan pemain yang mampu menggegar di Sukan SEA 2019 Manila dan menambah baik tadbir urus dalaman persatuan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini