Sebagai sebuah negara tropika, banyak pokok yang tumbuh di negara ini dimanfaatkan untuk tujuan komersial atau menambah pendapatan. Selain kelapa, kenaf dan tanaman komoditi utama.
Satu lagi pokok yang boleh memberi kelebihan jika diusahakan dalam skala ekonomik adalah buluh.
Terdapat 1,300 spesies buluh di dunia dan 70 daripadanya berada di negara ini dengan 13 daripada jumlah tersebut yang berpotensi dikomersialkan.
Buluh tempatan mempunyai sifat-sifat seperti berakar dan mempunyai tunas serta tumbuh dalam bentuk perdu.
Selain buluh untuk menghasilkan kraftangan dan produk serta inovasi yang boleh dikomersialkan, terdapat spesies yang boleh dijadikan industri kecil dan sederhana (IKS) makanan seperti buluh madu.
Ketahanan buluh antara faktor yang memberi kelebihan terutama untuk dijadikan struktur tetapi sifat sifat lain yang tidak kurang pentingnya adalah memiliki warna semula jadi, permukaan yang cantik dengan motif alam, berkilat dan mudah dilenturkan selepas melalui proses tertentu.
Menyedari akan kehebatan pokok tersebut, maka banyak pihak memanfaatkan buluh sebagai bahan asas kepada inovasi bernilai tinggi termasuklah perabot dan kini menjadi antara yang penting bagi bahan produk bukan kayu.
Malah buluh juga terkenal dengan sifatnya yang mempunya lapisan luar yang menarik manakala ketebalan strukturnya memberi hasil lebih banyak apabila dituai dan ini memberi satu kekuatannya pada bahan tersebut yang setara dengan kayu keras.
Meskipun terdapat banyak speseis buluh yang berpotensi untuk dikomersialkan, tetapi Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) menyenaraikan lima speses yang berpotensi untuk dikomersialkan dan tujuan perladangan berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Buluh yang disyorkan untuk perladangan semantan (Gigantocha scortechinii), beting (Gigantochola levis) betis ( Giganthochoa wrayi), betong (Denrocalamus asper) buluh hitam (Gigantochloa atroviolacea Widjaja).
Oleh kerana ciri cirinya itu, buluh sebenarnya satu aset semul jadi yang boleh dimanfatakan untuk pelbagai kegunaan dan menjadi satu teknologi industri desa yang popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi juga suku kaum Kadazandusun dan Bidayuh . Setiap kaum mempunyai tradisi kesenian dan kebudayaan berasaskan buluh yang menjadikan inovasi tertentu sama ada sebagai kraftangan, struktur bangunan malah peralatan tertentu seperti tikar . siling garpu dan sudu serta dan alat muzik.
Orang dulu-dulu menggelar kearifan tertentu sebagai pandai sama ada Pandai Buluh atau Pandai Besi bagi menunjukkan kehebatan mereka dalam bdiang bidang tertentu.
Maka dengan memiliki kemahiran dalam seni jraf dan pertukangan sebagai contoh , digunakan untuk memberi nilai tambah dalam inovasi sedia ada.
Walau bagaimanapun , industri tersebut telah berkembang sesuai dengan reka bentuk dan karakter buluh dan sangat sesuai dalam penghasilan produk kontemporari yang bernilai tinggi.
Seorang pakar teknologi buluh tempatan, Prof Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman berkata, aplikasi berasaskan buluh kini semakin bernilai dengan adanya pelbagai teknologi .
Sejak dahulu pun katanyam ketika ketiadan teknologi lain dan didorong oleh ketiadaan teknologi komposit, laminasi yang membolehkan banyak inovasi dihasilkan. Maka berdasarkan kreativiti dan imaginasi pandai buluh atau pakar buluh seperti berjaya menghasilkan sofa ,meja makan, set tamu, lampu hiasan, wall planter stool dan material pembungkusan seperti sabun buku.
Malah beliau yang juga profesor di Jabatan Reka Bentuk Perindustrian Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malayasia (UPM) berkata, menyedari akan kepentingan produk berasaskan buluh, beliau dan sekumpulan penyelidik menganjurkan Bamboo Utilization For Life and Urban Housestyle (BULUH) bertujuan menguar-uarkan beberapa produk berasaskan buluh baru-baru ini.
Beberapa inovasi berasaskan buluh diketengahkan dalam pameran tersebut sebagai membuktikan potensi industri tersebut pada masa depan.
Dalam pada itu beliau memberitahu, pihaknya telah memberperoleh geran bagi mebantu komuniti bagi menaiktaraf produk berasaskan buluh dalam kalangan pengusaha untuk dikomersialkan sebaga produk baharu.
Projek tersebut telah dimulakan di Sik Kedah dengan menaiktaraf pelbagai jenis produk untuk dijual di Langkawi Kedah.











