Lebih kerap makan panadol - Yusri - Utusan Malaysia

Lebih kerap makan panadol – Yusri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Mei – Yusri Che Lah membayangkan dia bakal berdepan kesukaran mengharungi baki pusingan kedua Liga Perdana selepas ketandusan pemain berkualiti.

Pengendali kelahiran Perlis itu mengakui berkemungkinan besar dia terpaksa menjadikan panadol sebagai ‘penawar’ terbaik buat Yusri Che Lah dalam meredakan tekanan mengendalikan The Red Warriors (TRW).

Yusri berkata, memburukkan lagi keadaan, TRW turut berdepan ‘sekatan’ untuk membawa masuk pemain baharu dalam usaha memperkuatkan pasukan termasuklah tonggak import.


“Saya kena reda dengan situasi yang dihadapi oleh Kelantan ketika ini (sekatan mengambil pemain).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun ia agak berat, namun kita akan tetap berusaha dengan barisan pemain yang ada. Mungkin lepas ini saya terpaksa telah lebih banyak panadol,” katanya. Yusri memberitahu, dia berharap barisan pemain Kelantan dapat memberikan aksi terbaik dalam tiga aksi sepanjang

kali ini.


Katanya, berpandukan prestasi musim lalu TRW gagal memunggut sebarang mata dalam sepanjang Ramadan sekaligus memberikan tekanan yang cukup dahsyat.

“Kita mungkin hanya ada Cassio De Jesus seorang tapi dia masih perlukan dua hingga tiga minggu untuk pulih daripada kecederaan dan pasti saya akan terlepas khidmatnya untuk tiga perlawanan penting, sepanjang bulan ini.

“Sudah tentu saya harapkan keajaiban, cuba bayangkan jika kita boleh ambil pemain import dan pemain tempatan sedia ada, sekurang-kurangnya Kelantan masih mampu bersaing,” ujarnya.

Kelantan sah kehilangan Nik Akif Syahiran Nik Mat untuk tempoh sebulan selain David Rowley turut menyertai senarai pemain tercedera dalam asukannya.

Katanya, keadaan bertambah buruk seandainya pemain import, Flavio Beck Junior memilih meninggalkan Kelantan dalam masa terdekat tatkala mereka berdepan sekatan perpindahan pada jendela pertengahan musim yang dibuka minggu lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini