Penganalisis yakin dengan unjuran Proton - Utusan Malaysia

Penganalisis yakin dengan unjuran Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Penganalisis berasa yakin dengan prospek Proton Holdings Bhd. dan tidak nampak mengapa pengeluar kereta itu tidak boleh mencatatkan keuntungan pada tahun hadapan, berikutan permintaan yang lebih baik ke atas model-model baharunya termasuk yang telah dipertingkatkan.

Pembuat kereta itu, buat pertama kalinya sejak Februari 2016 telah menebus kedudukannya semula sebagai jenama automotif terlaris kedua negara pada April 2019, selepas jualan melonjak 75 peratus dari tahun ke tahun atau 14.1 peratus dari bulan ke bulan kepada 7,011 unit pada April 2019.

Ini berjaya dicapai walaupun jumlah jualan industri mencatatkan pengucupan sebanyak 6.2 peratus dari bulan ke bulan, menjadikan Proton sebagai satu-satunya jenama automotif dalam kalangan lima pengeluar kereta terbaik yang merekodkan pertumbuhan positif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganalisis automotif serta penyunting portal berita Funtasticko.net, Shamsul Yunos berkata, dari segi sejarah, Proton sentiasa mendapat keuntungan jika mereka dapat menjual kira-kira 8,000 unit kenderaan sebulan, tetapi di bawah DRB Hicom Bhd, terdapat pengurangan dalam beberapa perjawatan dan ini menjejaskan Proton.

“Jika mereka mampu mengekalkan keyakinan pelanggan dalam produk serta perkhidmatan selepas jualan, kebarangkalian bahawa mereka boleh mencatatkan keuntungan pada 2020 adalah tinggi dan saya akan menunggu sehingga hujung tahun ini untuk melihat jika X70 dan model-model baharu telah berjaya memulihkan imej Proton,” katanya kepada Bernama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini