JERANTUT – Hotel Darul Makmur di sini meneruskan tradisi agihan sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk kepada penduduk.
Pengurusnya, Mansor Mat Isa berkata, agihan bubur lambuk dilaksanakan selama dua hari bermula semalam dengan 500 bekas sehari.
“Ini adalah tradisi pihak hotel sejak enam tahun lalu setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bubur lambuk ini diberikan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan hadapan hotel,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Menurutnya, bubur lambuk mula diedarkan pada pukul 4 petang dan ia turut diberikan kepada masyarakat Cina dan India yang melalui kawasan tersebut.
“Kita tidak memilih, semua orang yang lalu di hadapan hotel kita bagi agar sama-sama dapat merasa bubur lambuk ini,” ujarnya. –











