15% warga emas jatuh sekali setahun - Utusan Malaysia

15% warga emas jatuh sekali setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Sebanyak 15 peratus daripada warga emas di Malaysia jatuh sekurang-kurangnya sekali setahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, 50 peratus daripadanya mendapat kecederaan dan 20 peratus lagi memerlukan rawatan hospital.

“Kesan kepada insiden jatuh itu adalah seperti retak tulang pinggang dan kecederaan kepala serta masalah psikologi dalam kalangan orang tua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Negara akan mencapai status negara tua pada 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Jadi amat penting sebenarnya kita bersedia terutamanya daripada segi kesihatan dan penjagaan persekitaran,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran media Kongres Antarabangsa Berkenaan Jatuh dan Kestabilan Postural 2019 (WCFPS 2019) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini