Xavier rasmi Kempen Sedut dan Menang Sabtu ini - Utusan Malaysia

Xavier rasmi Kempen Sedut dan Menang Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar akan merasmikan Kempen Sedut dan Menang anjuran Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. di Pinggiran Sungai Langat, Pusat Perdagangan Banting Selangor pada Sabtu ini.

IWK dalam kenyataan di sini hari ini berkata, kempen tersebut merupakan inisiatif pihaknya dalam memberi galakan kepada pelanggan untuk membersihkan tangki septik mereka sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

“Selain itu, aplikasi Indah Water yang bakal dilancarkan akan memberi pelbagai kemudahan dan manfaat kepada pengguna antaranya semakan bil, membuat aduan dan mendapatkan perkhidmatan pengosongan tangki septik melalui telefon pintar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini