Maaf, EPL milik kami - Guardiola - Utusan Malaysia

Maaf, EPL milik kami – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mei – Pep Guardiola mendakwa media mahukan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sebaik sahaja Manchester City kembali merampas kedudukan teratas liga.

City menewaskan Leicester 1-0, terima kasih kepada gol sensasi Vincent Kompany dan kini The Citizens perlu menewaskan Brighton dalam aksi terakhir liga dalam misi mempertahankan kejuaraan EPL.

Skuad kendalian Guardiola berada di tangga teratas setelah mengumpul 95 mata manakala The Reds ketinggalan satu mata di belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Media begitu mahukan Liverpool memenangi kejuaraan liga namun saya memohon maaf kepada mereka bahawa kemenangan sudah berada dalam tangan kami,” kata Guardiola.

Bagaimanapun, Guardiola enggan berasa terlalu yakin bahawa mereka dapat menewaskan Brighton yang berjaya meloloskan diri daripada penyingkiran di Stadium Amex.

“Liverpool bermain tanpa tekanan sebab trofi tiada dalam tangan mereka. Kami yang merasai tekanan ini sebab ia berada dalam tangan kami.

“Tinggal satu perlawanan dan kami akan berusaha. Kami sudah mengumpul 95 mata dan kami hanya memerlukan satu kemenangan. Kami akan pergi ke Brighton dan cuba melakukannya. Saya tidak perlu berkata apa-apa kerana pemain sudah matang.

“Bagaimanapun, Brighton lawan yang sukar berdasarkan pertemuan mereka dengan Arsenal. Kami pernah berjumpa dengan mereka dalam Piala FA dan sukar sebab mereka kelab yang kuat dan saya tahu mereka bermain dengan maruah.

“Semuanya terletak di tangan kami. Kami ketinggalan tujuh mata dan tidak mengalah. Kami menang 13 perlawanan berturut-turut dan sebab itu kami berada di sini.

“Persembahan malam ini (semalam) cukup menakjubkan. Kami mengawal permainan namun perjuangan masih belum berakhir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini