Tarawih: Terengganu tidak ikut Kelantan henti operasi kedai makan - Utusan Malaysia

Tarawih: Terengganu tidak ikut Kelantan henti operasi kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pas Terengganu tidak bercadang mencontohi arahan kerajaan Pas Kelantan supaya kedai makan dan restoran di negeri itu menghentikan operasi ketika waktu solat tarawih sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedua-dua negeri mempunyai cara tersendiri dan pihaknya melihat tiada keperluan untuk Terengganu melaksanakan perkara seperti itu setakat ini.

“Kita kena tengok suasana setempat dan masalah masing-masing. Ini antara fleksibiliti yang harus dipertimbangkan, ia bukanlah satu undang-undang sama rata bagi semua orang untuk perkara seperti ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa untuk Kelantan buat pemikiran demikian mereka ada sebab-sebab tersendiri. Setiap negeri ada keunikan tersendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2019 (Kali ke-40) dan Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM, STAM 2018.

Media melaporkan para pengusaha kedai makan dan restoran di Kelantan diarah menghentikan operasi dari pukul 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan suci ini dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini