Dua remaja lelaki maut kemalangan jalan raya - Utusan Malaysia

Dua remaja lelaki maut kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Dua remaja lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 9 Jalan Bahau – Rompin dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Haziq Husaini Mohd Had, 18, dan rakannya, Irfan Denial Shaharuddin, 14, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kedua-dua remaja tersebut menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC semasa kemalangan itu berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal ditunggang Muhammad Haziq Husaini dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Bahau bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Nissan Navara yang datang dari arah bertentangan. 

“Penunggang dan pembonceng motosikal itu (Irfan Denial) meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada seluruh bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, Muhammad Haziq Husaini beralamat di Taman Sungai Gemas, Gemas, manakala Irfan Denial beralamat di Rumah KTMB juga di Gemas.

Menurut beliau, pemandu Nissan Navara iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun yang beralamat di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang dekat sini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau, mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jempol untuk menjalani bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini