MBJB tidak nafi hak peniaga bazar Ramadan - Utusan Malaysia

MBJB tidak nafi hak peniaga bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Mei – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak menafikan hak mana-mana peniaga untuk menyertai bazar Ramadan yang dijalankan di bandar raya ini walaupun penganjurnya telah bertukar.

AMRAN A. RAHMAN
AMRAN A. RAHMAN 

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman berkata, walaupun timbul sedikit isu di beberapa kawasan, namun penganjuran bazar Ramadan berjalan dengan baik.

“Sebelum ini ada kedengaran beberapa isu seperti sewa naik berkali ganda, namun setelah disiasat perkara itu tidak benar dimana kadar sewa dianggarkan antara RM200 hingga RM550 sebulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kita juga memberi lesen menganjurkan bazar Ramadan di beberapa tempat kepada persatuan baharu untuk memberi peluang kepada mereka tetapi bersyarat iaitu perlu memberi peniaga lama berniaga di bazar terbabit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Dewan Inai Merah, MBJB, di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul isu MBJB menafikan hak peniaga khususnya peniaga lama untuk berniaga di bazar Ramadan yang dianjurkan sempena bulan Ramadan tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini