KUALA LUMPUR 7 Mei – Orang ramai yang mempunyai bakat dalam bidang seni boleh merebut peluang menunjukkan kreativiti mereka dalam Yayasan Seni Kreatif Cuckoo (CCAF) sekali gus dapat membantu membangunkan seni tempatan negara.
Pengarah Pemasaran Cuckoo, Queenie Goh berkata, yayasan tersebut merupakan antara satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada mereka yang layak dalam penajaan tersebut.
“Terdapat lima bidang seni dalam CCAF antaranya filem; literatur; reka bentuk seni; kraf dan interior; pertunjukan seni dan kreatif serta aktiviti sekolah.
“Yayasan itu juga akan merapatkan jurang bagi artis di seluruh negara agar mereka dapat mencapai kejayaan dalam bidang seni tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran CCAF di sini hari ini.
Tarikh penyerahan permohonan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 7 Mei hingga 16 Jun dan 1 Julai hingga 8 September ini.
Individu, syarikat dan institusi pendidikan yang berminat boleh memohon melalui laman web rasmi Cuckoo iaitu di www.cuckoo.com.my/ccaf. -UTUSAN ONLINE











