Raja Muda Selangor sampaikan bantuan Aidilfitri - Utusan Malaysia

Raja Muda Selangor sampaikan bantuan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 6 Mei – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM16,200 kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Raysas) di Tanjung Kling di sini.

Baginda menyampaikan sumbangan itu kepada 54 anak-anak yatim dalam majlis penyerahan yang berlangsung di surau asrama berkenaan di sini.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan setiap anak yatim menerima RM100 bagi membantu membeli persiapan hari raya tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir pada program itu, Ketua Menteri, Adly Zahari; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Azman Aziz; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd. Razali Abdullah dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.

Sumbangan kepada penghuni Raysas sebelum ini dilaksanakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun ia mula dikendalikan oleh YIDE dan kini memasuki tahun kelima. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini