RSF rampas senjata, peluru dan bahan letupan di Sudan - Utusan Malaysia

RSF rampas senjata, peluru dan bahan letupan di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 6 Mei – Pasukann separa tentera kontroversi Sudan merampas beberapa senjata, bahan letupan dan peluru dalam serbuan di sini, tidak jauh dari ribuan pemprotes berhimpun hari ini.

Menurut Pasukan Sokongan Pantas (RSF), unit anti-pemberontakan Sudan, serbuan di sebuah rumah di daerah timur Al-Taif setelah mendapat laporan ‘aktiviti aneh’ di sana.

“RSF telah berjaya mematahkan cubaan sabotaj keselamatan dan kestabilan negara disamping merampas sejumlah besar senjata, peluru dan bahan letupan,” katanya disamping beberapa tangkapan dibuat. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini