Legenda bola sepak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Legenda bola sepak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei- Bekas pemain bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Menurut laman Facebook FA Selangor, Allahyarham yang pernah membantu Selangor menjuarai beberapa kejohanan termasuk Piala Liga Premier dan Piala Malaysia menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap kanser hati.

“Untuk makluman, legenda Selangor iaitu Anuar Abu Bakar baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Arwah yang menghidap kanser hati telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini