Pelajar kolej nyaris maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Pelajar kolej nyaris maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN 6 Mei – Seorang pelajar kolej nyaris maut apabila motosikal ditungganginya terperosok di bawah sebuah lori yang sedang membelok masuk simpang di persimpangan Kampung Kesang Jaya di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi melibatkan sebuah lori muatan dan motosikal ditunggang pelajar kolej terbabit yang berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila lori tersebut dari arah Kesang menghala ke Bemban ingin masuk ke simpang Kampung Kesang Jaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa yang sama motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggang mangsa dari arah belakang cuba memotong lori itu namun ia terlanggar bahagian hadapan lori yang sedang membelok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Arshad, berikutan kemalangan itu motosikal dinaiki mangsa, C. Ravichandran terperosok di bawah lori dan pelajar itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Jasin.

“Pemandu lori berusia 59 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini