Politeknik Johor juara KSMSPM 2019 - Utusan Malaysia

Politeknik Johor juara KSMSPM 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 6 Mei – Pasukan Hoki Politeknik Johor terus mendominasi Karnival Sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (KSMSPM) 2019 setelah menjuarai pertandingan itu yang diadakan di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Pengurus pasukan, Mohamed Rafi M. S. Soleiman berkata, usaha keras pasukannya sebelum ini termasuk persediaan yang dilakukan berjaya membuahkan hasil apabila memenangi pertandingan tersebut.

“Pasukan Hoki Politeknik Johor terus membuktikan keunggulan apabila mengekalkan kejuaraan ini buat kesekian kalinya. Ini adalah hasil kerja keras selepas proses latihan yang intensif untuk mengekalkan kejuaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulilah kerja keras semua pihak berbaloi dan berhasil apabila mencipta kejayaan untuk karnival kali ini yang berlangsung dari 29 April hingga 3 Mei lalu.

“Namun, Pasukan Hoki Politeknik Johor selepas ini memikul satu tugas besar kerana mengejar kejuaraan sahaja bukanlah satu tugas yang mudah tetapi mengekalkan gelaran adalah jauh lebih payah dan berat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Rafi memberitahu, PIS sebagai pusat kecemerlangan bakat bagi sukan hoki politeknik Malaysia, pihak pengurusan dan seluruh warganya sentiasa berusaha memastikan perancangan serta kecemerlangan sukan itu pada masa depan.

Jelasnya, pusat kecemerlangan pasukan itu bukan tertumpu pada persaingan peringkat politeknik sahaja sebaliknya mampu memberikan saingan dalam peringkat lebih tinggi termasuk pertandingan lebih prestij. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini