Bil elektrik melambung: Kerajaan Melaka prihatin aduan rakyat - Utusan Malaysia

Bil elektrik melambung: Kerajaan Melaka prihatin aduan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 6 Mei – Kerajaan negeri memandang serius dakwaan berlaku kenaikan kadar bil elektrik yang agak tinggi ekoran penggunaan Smart Meter diperkenalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihak kerajaan negeri meminta agar TNB memandang serius setiap aduan dan tidak melihatnya secara umum.

“Setiap aduan perlu dilayan dengan sempurna memandangkan hampir keseluruhan pengguna di negeri ini mengguna Smart Meter,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sumbangan Aidilfitri kepada 54 penerima daripada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS), Tanjung Kling di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Adly berkata, beliau berharap pihak TNB akan mengaktifkan talian aduan atau ‘Hotline’ mereka bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Sementara itu, Exco bagi Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak TNB berhubung masalah itu.

Beliau meminta orang ramai yang menghadapi masalah peningkatan bil menghubungi TNB Careline di talian 1300885454 atau hadir ke pejabat TNB berdekatan bagi membuat aduan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini