Kerajaan masih mencari Jho Low - Tun M - Utusan Malaysia

Kerajaan masih mencari Jho Low – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan masih mencari ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low meskipun sejumlah wang dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang disalahguna, telah diperolehi semula.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, banyak wang telah hilang dan terdapat bukti menunjukkan Jho Low mengambil wang itu dari 1MDB.

“Masih banyak lagi duit yang hilang, yang kita dapat itu tak banyak, kurang daripada RM2 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia curi duit dari 1MDB RM42 bilion, siapa dapat duit itu, siapa yang simpan duit dan ada di mana,” katanya pada sidang media khas bersempena Ulang Tahun Pertama Pentadbiran Pakatan Harapan di sini hari ini.

Beliau berkata, meskipun kini pihak berkuasa mempunyai masalah untuk mencarinya namun mereka sudah separuh jalan untuk menemuinya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini