Rayu bertenang dan pengharaman alkohol sementara di Sri Lanka - Utusan Malaysia

Rayu bertenang dan pengharaman alkohol sementara di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 6 Mei – Gereja Roman Katolik Sri Lanka merayu bagi bertenang dan pengharaman alkohol hari ini selepas pertembungan antara Kristian dan Muslim di bandar, berikutan kesan daripada serangan bunuh diri Easter baru-baru ini.

Menurut Ketua Biskop Colombo, Kardinal Malcolm Ranjith, beliau merayu semua penganut Katolik dan saudara-saudari Kristian tidak mencederakan seorang pun Muslim kerana mereka merupakan saudara, sebahagian daripada keagamaan dan kebudayaan kita.

“Justeru itu, elakkan daripada mencederakan mereka dan cuba mewujudkan persefahaman dan hubungan baik antara semua komuniti di Sri Lanka,” katanya dalam mesej video.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ratusan angkatan keselamatan memasuki Negombo bagi melaksanakan perintah berkurung selepas berbelas kedai milik Muslim, rumah dan kenderaan diserang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini