Buruh Indonesia maut ditimpa konkrit - Utusan Malaysia

Buruh Indonesia maut ditimpa konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 6 Mei – Seorang lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun maut selepas ditimpa konkrit di sebuah tapak projek perumahan dekat sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Sinaga Sastro Verhan berasal dari Medan, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aidi Sham berkata, siasatan awal yang dijalankan oleh polis tidak menemukan sebarang unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini