MAIPs anjur Tausiyah Ramadan - Utusan Malaysia

MAIPs anjur Tausiyah Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PERLIS 6 Mei – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan program ‘Tausiyah Ramadan bersama Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin’ yang diadakan di Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis sejurus selepas solat maghrib secara berjemaah.

mufti-tausiyah
 

Ia dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat menghadirinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah JAIPs, Dr. Hazman Hassan.

Dalam tazkirah beliau, Mohd Asri berkongsi ilmu mengenai :

1. Ibadah puasa menonjolkan ciri keseimbangan sebagai seorang insan.

2. Manusia diciptakan dengan dua unsur utama iaitu jasmani dan rohani. serta

3. Ibadah puasa membawa kembali semangat untuk menggapai keseimbangan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

tausiyah-hadirin
 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini