Gempa bumi sederhana di Luzon, Filipina - Utusan Malaysia

Gempa bumi sederhana di Luzon, Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Ritcher melanda Luzon, Filipina pada pukul 10.48 pagi ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, gempa dengan kedalaman 85 kilometer (km) itu dilaporkan pada koordinat 18.9 utara dan 120.5 timur pada jarak 78km utara dari Laoag City, Filipina.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk serta kawasan setempat. – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini