13 pelajar sesak nafas hidu gas iodin - Utusan Malaysia

13 pelajar sesak nafas hidu gas iodin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Seramai 13 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas di sini dilaporkan mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu gas iodin hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu dipercayai berlaku ketika pelajar sebuah kelas tingkatan empat sedang melakukan uji kaji melibatkan bahan kimia itu di dalam makmal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seramai 13 pelajar terdiri daripada 11 perempuan dan dua lelaki dilaporkan terhidu gas tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan kejadian berlaku ketika mereka melakukan uji kaji bersama guru.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke tempat selamat bagi rawatan awal, manakala seorang mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini