KUALA LUMPUR 6 Mei – Syarikat penjagaan diri, Wipro Consumer Care (Wipro) mengumumkan pengambilalihan syarikat dari Filipina, Splash Corporation.
Presiden Rantau Asia Tenggara dan Asia Barat – Afrika Utara (MENA) Wipro, Kumar Chander berkata, pengambilalihan tersebut merupakan yang terbesar sejak syarikat mengambilalih Unza pada 2007.
“Ia merupakan sebahagian daripada sasaran syarikat untuk menjadi antara tiga pemain utama dalam pasaran penjagaan diri di seluruh Asia,” katanya pada majlis pengumuman pengambilalihan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











