Kontena asrama pekerja terbalik dilanda angin kencang - Utusan Malaysia

Kontena asrama pekerja terbalik dilanda angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Sekurang-kurangnya sepuluh pekerja warga asing dilaporkan cedera selepas kontena yang dijadikan tempat penginapan mereka di sebuah tapak pembinaan di Kuala Jalan Baru di sini terbalik akibat dilanda angin kencang hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu dikatakan berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan tersebut sejak awal pagi.

Difahamkan kontena-kontena terbabit disusun menjadi dua tingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat lapan buah kontena yang dijadikan tempat tinggal pekerja telah terbalik.

“Terdapat sepuluh orang mangsa yang merupakan warganegara asing mengalami cedera ringan dan merka berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kanyataan sebentar tadi.

Difahamkan, tiada insiden kehilangan nyawa dan kecederaan parah dilaporkan berlaku setakat ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini