Hari terburuk Frankfurt - Utusan Malaysia

Hari terburuk Frankfurt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 6 Mei – Jurulatih Eintracht Frankfurt, Adi Huetter menyifatkan pertemuan menentang Bayer Leverkusen sebagai hari terburuk dalam kariernya selepas terpaksa melihat anak-anak buahnya dimalukan dengan kekalahan 1-6.

Kekalahan tersebut pastinya memberi kesan mendalam apabila Frankfurt akan bertandang ke Stamford Bridge untuk menghadapi Chelsea dalam aksi timbal balik Liga Europa.

“Hari ini sangat gelap, salah satu hari terburuk saya sebagai jurulatih,” kata Huetter

Memuatkan artikel berkaitan…

Frankfurt yang masih dalam perebutan empat pasukan teratas dalam Bundesliga dikejutkan kekalahan tersebut apabila kesemua jaringan dilakukan pada 45 minit pertama.

“Kami tahu Frankfurt tertekan dengan perlawanan Liga Europa jadi kami bermain dengan bertenaga sejak awal permainan,” kata penyerang Leverkusen, Kevin Volland.

Walaupun dibelasah namun kedudukan Frankfurt kekal di tangga keempat namun berkongsi mata dengan Leverkusen dan mereka hanya dipisahkan tiga mata daripada Hoffenheim yang berada di kedudukan ketujuh.

“Saya tidak akan menyepak pasukan saya ketika mereka kalah, kami perlu menaikkan semula semangat pemain,” kata Huetter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini