Geng Tony Kabel tumpas, 3 warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Geng Tony Kabel tumpas, 3 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 6 Mei – Polis menahan tiga warganegara asing termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kabel di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, suspek yang ditahan berusia antara 24 hingga 42 tahun.

“Tiga suspek ini dipercayai merupakan ahli geng Tony Kabel yang telah aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak tahun lalu dengan menyasarkan kabel di kawasan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis turut merampas pelbagai barangan curi dan peralatan dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM230,000,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Antara yang dirampas termasuk Red Insulated Cable, Black Insulated Cable, Communication Cable, potongan-potongan kabel, sebuah penimbang, satu unit pemotong besi, tiga buah pisau boleh laras dan sebilah gunting besi.

Tambah Ahsmon, dengan tertangkapnya tiga suspek berkenaan, polis yakin telah menumpaskan kegiatan geng berkenaan.

“Polis juga telah berjaya menyelesaikan 23 kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku di kawasan Pengerang sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini