Esscom akan distruktur semula - Utusan Malaysia

Esscom akan distruktur semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan distruktur semula bagi mempertingkatkan lagi keselamatan di pantai timur negeri ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah Esscom.

“MKN bersama kerajaan negeri akan melihat tugas-tugas yang akan disusun semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian Pertahanan dapat peruntukan tambahan sebanyak lebih RM200 juta dan akan diagih untuk mempertingkatkan tugas keselamatan oleh Esscom,” katanya pada pemberita selepas berucap pada ceramah umum bagi calon DAP, Vivian Wong Shir Yee untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan di sini malam tadi.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, perintah berkurung yang dilaksanakan di perairan pantai timur Sabah juga akan diteliti dari semasa ke semasa jika perlu diteruskan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini