Polis Marin tahan enam PATI - Utusan Malaysia

Polis Marin tahan enam PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai cuba memasuki daerah ini secara haram melalui perairan Tungku, Lahat Datu, Sabah semalam.

Memetik portal berita SabahNews Today, Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bot yang dinaiki PATI itu dipintas anggota PPM dalam Operasi Gelora di perairan terbabit pukul 11.00 pagi tadi.

“Hasil daripada penahanan bot berkenaan mendapati lima lelaki dan seorang wanita berada di dalam bot berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan dokumen mendapati semua suspek dianggar berusia 22 hingga 68 tahun, memiliki dokumen meragukan yang disyaki palsu,” lapor SabahNews Today.

Dalam pada itu, pihaknya turut merampas lima beg karung berisi pelbagai jenis makanan laut kering dan empat tong gas cecair petroleum (LPG).

Mohamad Pajeri memberitahu, semua suspek ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini