8 lagi ditahan kes serang pusat hiburan - Utusan Malaysia

8 lagi ditahan kes serang pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Polis menahan lapan lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes merosakkan harta benda di sebuah pusat hiburan di Jalan Kelang Lama, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa berkata, kesemua tangkapan itu dibuat malam tadi.

“Keseluruhan tangkapan setakat ini adalah sebanyak sembilan orang, dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut Ruslan, kes disiasat di bawah Seksyen 427/148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat serta merusuh.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Ng Guan Seng di talian 018-3880833, Pegawai Penyiasat, Inspektor Aaron (014-9018596) atau Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini