GAZA 5 Mei – Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza, semalam meningkat kepada 15 orang.
Menteri Kesihatan Gaza, Mufiz al-Makhalalati, berkata, angka itu termasuk anggota Hamas yang dikenali sebagai Hamad al-Khodori, 34.
Kejadian itu berlaku di saat umat Islam di seluruh dunia tidak sabar menyambut Ramadan dan tentera rejim Zionis pula melancarkan 150 serangan udara ‘bertubi-tubi’ sebagai membalas serangan roket yang dilancarkan oleh pergerakan Hamas sejak kelmarin. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











