Kursi Kepimpinan Islam Sultan Brunei bakal ditubuhkan di UiTM - Utusan Malaysia

Kursi Kepimpinan Islam Sultan Brunei bakal ditubuhkan di UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Kursi Kepimpinan Islam Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bakal ditubuhkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memberitahu, kursi ini akan menumpukan kajian aspek kepemimpinan Islam, pengurusan dan pelaksanaan serta undang-undang syariah.

Menurut kementerian itu, kursi tersebut akan menjadikan Malaysia dan Brunei sebagai pusat pengembangan ilmu yang berkaitan dengan kesultanan Melayu khususnya dan kepemimpinan umumnya di peringkat antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan penubuhannya telah dipersembahkan dan memohon perkenan Sultan Hassanal Bolkiah hari ini.

“Dengan itu, kursi ini boleh dijadikan pusat pengajian, pusat penyelidikan, pusat rujukan dan pusat pengumpulan dokumentasi berkaitan kesultanan Melayu dan kepimpinan Islam,” katanya di sini hari ini.

Sultan Hassanal Bolkiah telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam) sempena Istiadat Konvokesyen ke-90 UiTM baru-baru ini.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Datuk Seri Awang Haji Hamzah Haji Sulaiman.

Dalam lawatan tersebut, Maszlee telah mencadangkan agar kerjasama pendidikan melalui pertukaran guru Brunei dan Malaysia diadakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini