Kanak-kanak 12 tahun dirogol rakan baik bapa - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 12 tahun dirogol rakan baik bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 5 Mei – Harapkan pegar, pegar makan padi.

Itu perumpamaan sesuai menggambarkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang sanggup merogol anak rakan baiknya sendiri yang berumur 12 tahun dalam dua kejadian di Kampung Tengah Sungai Baru, Utan Aji di sini, bulan lalu.

Tindakan itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis semalam, selepas khuatir lelaki berusia 37 tahun yang menumpang di rumah bapanya itu mengulangi perbuatan sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu, polis telah memberkas suspek dan lelaki berkenaan mengaku telah melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, dalam kejadian pertama, suspek mengejutkan mangsa yang sedang tidur kira-kira pukul 1 pagi, sebelum membawa kanak-kanak itu ke sebuah kontena berhadapan rumah lalu merogolnya.

Ujarnya, dalam kejadian kedua, suspek mengulangi perbuatan sama di bilik air rumah mangsa kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Noor Mushar Mohd.
Noor Mushar Mohd. 

“Kedua-dua kejadian berlaku pada April lalu. Suspek merupakan rakan kepada bapa mangsa dan telah tinggal dengan bapanya sejak beberapa tahun yang lalu. Lelaki itu merogol mangsa semasa bapa pengadu tiada di rumah,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pengadu tinggal bersama ibunya di rumah berdekatan, namun ada masanya kanak-kanak itu akan pergi ke rumah bapanya dan tidur di kediaman tersebut.

Katanya, pihak polis masih menunggu laporan hasil pemeriksaan yang dijalankan kanak-kanak itu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Pengadu lambat membuat laporan polis kerana takut dan tidak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa” katanya.

Tambah Noor Mushar, suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini