Mayat orang hilang ditemui terapung dalam sungai - Utusan Malaysia

Mayat orang hilang ditemui terapung dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa apabila mayatnya ditemui terapung di dalam Sungai Lokan, Butterworth di sini hari ini.

Mayat Tan Aik Tong, 33, dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian oleh orang awam kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, isteri mangsa telah membuat laporan berhubung kehilangannya selepas tidak pulang ke rumah kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isteri mangsa berkata, suaminya keluar dari rumah di Butterworth kira-kira pukul 1 pagi untuk pergi minum arak bersama rakan-rakannya dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux milik syarikat.

“Namun dia tidak pulang dan tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Menurut Nik Ros Azhan, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini