Dilema pemain Islam Ajax - Utusan Malaysia

Dilema pemain Islam Ajax

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 5 Mei – Dua bintang Ajax iaitu Hakim Ziyech dan Noussair Mazraoui memberitahu majikan bahawa mereka akan menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan bermula esok.

Bagaimanapun, jurulatih kecergasan kelab, Raymond Verheijen memberi amaran kepada duo tersebut bahawa tidak makan dan minum dalam tempoh yang panjang akan memberi kesan kepada fizikal mereka memandangkan Ajax dalam persiapan memburu kejuaraan trebel.

Ajax akan bertemu Willem II dalam aksi final Piala Belanda kemudian menerima kunjungan Tottenham bagi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Erik ten Hag itu turut memburu kejuaraan Eredivisie selepas berkongsi 80 mata dengan PSV Eindhoven namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

“Adalah tidak bertanggungjawab jika Ziyech dan Mazraoui berpegang kepada keperluan berpuasa pada Ramadan di waktu begini. Situasi Ajax begitu ekstrem dan semua orang pun tahu mengenainya.

“Tubuh pemain akan kehilangan banyak air kerana mereka menukar bentuk latihan dan diet selepas 11 bulan.

“Jika anda melakukan perkara ini sekarang, ia akan memberi kesan kepada prestasi. Kandungan gula dalam badan akan menurun dan itu bermakna tenaga mereka akan berkurangan. Atlet bukan sahaja tidak peka malah otot mereka akan memberi isyarat lemah kepada tubuh.

“Rabu ini, matahari terbenam pada pukul 9.18 malam (waktu tempatan) dan sepak mula pukul 9 malam. Anda tidak boleh bermain tanpa makan sebelum perlawanan dan bagaimana jika permainan diheret ke masa tambahan dengan Tottenham mendahului 1-0?.

“Saya berharap pemain dapat sedar bahawa ini adalah mustahil untuk mereka melakukannya,” kata Verheijen.

Sementara itu, Ten Hag eggan ditanya mengenai pemainnya meletakkan kepercayaan agama mengatasi keperluan kecergasan sebaliknya berkata;’Itu pilihan pemain saya. Saya menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini