Salah bikin Liverpool cemas - Utusan Malaysia

Salah bikin Liverpool cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE 5 Mei – Kecederaan yang dialami Mohamed Salah sehingga terpaksa diusung keluar mencetuskan kebimbangan Liverpool menjelang aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona, Selasa ini.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp disahkan tidak boleh menggunakan pemain prolifik, Roberto Firmino pada Selasa ini selepas dia mengalami kecederaan pangkal paha.

Salah terpaksa dibawa keluar ketika membantu The Reds menewaskan Newcastle 3-2 selepas mengalami kecederaan di kepala kerana berlanggar dengan penjaga gol lawan, Martin Dubravka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Liverpool berdepan tugas berat memandangkan mereka ketinggalan 0-3 dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

“Kita akan lihat keadaannya. Dia mengalami kecederaan di kepala. Selepas dibawa keluarkan, dia menonton perlawanan dari bilik persalinan, keadaan dia OK namun kami perlu memeriksanya,” kata Klopp. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini