Pemandu lori ditahan bantu siasatan kemalangan maut - Utusan Malaysia

Pemandu lori ditahan bantu siasatan kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 5 Mei- Polis menahan pemandu lori bagi membantu siasatan berhubung kemalangan melibatkan kenderaan yang dipandunya dengan sebuah kereta sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Batu 15 Jalan Quion Hill, dekat sini pada Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Nor Azizulkifli Mansor berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada hari sama kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian pada pukul 1.20 tengah hari ketika mangsa, Mohamed Nor Ayub, 58, seorang peniaga di kantin Sekolah Kebangsaan Serudong Baru, memandu Proton Saga bersama tiga penumpang lain dalam perjalanan ke Kampung Ranggu manakala suspek dari arah Batu 17 menuju ke Ladang Sg Kawa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika lori dipandu suspek melalui lokasi kejadian, tiba-tiba kereta mangsa keluar daripada simpang Kampung Serudong Baru dan pemandu lori itu tidak dapat sehingga melanggar kereta tersebut di bahagian pemandu.

“Akibat daripada itu, Proton Saga itu berpusing lalu kemudian terbabas ke bahu jalan kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nor Azizulkifli, susulan insiden itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu hampir 30 minit sebelum maut di tempat kejadian.


“Cucu mangsa, Nur Izzara Arrisa Abdullah, 7, patah tulang paha kiri manakala isteri dan anak mangsa cedera ringan,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini