Fokus pengangguran belia - Utusan Malaysia

Fokus pengangguran belia

Kerajaan negeri Johor akan membentangkan Belanjawan 2021 esok yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. – UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri perlu mewujudkan lebih ba­nyak program latihan kemahiran secara percuma untuk belia yang diberhentikan kerja akibat Covid-19 dalam Belanjawan Johor 2021 yang akan dibentangkan esok.

Pensyarah Kanan Kewangan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang, Suhana Mohamed berkata, bakat baharu perlu diteroka agar mereka dapat meneroka bidang baharu sejajar norma baharu pada masa kini.

“Ia termasuk sektor teknologi dan peruncitan secara dalam talian yang dilihat kini amat diperlukan apabila pergerakan masyarakat kini terbatas untuk keluar membeli di tempat terbuka kerana bimbang dijangkiti Covid-19.

“Program ini perlu dilakukan secara percuma memandangkan rakyat kini tidak mampu membayar yuran latihan. Juste­ru kerajaan perlu mewujudkan insentif khas berkenaan perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad akan membentangkan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Nege­ri (DUN) Johor, Kota Iskandar.

Suhana menambah, kerajaan negeri juga perlu menangani masalah pengangguran khususnya membabitkan belia akibat kesan pandemik Co­vid-19.

Katanya, Johor mempunyai seramai 300,000 pekerja Malaysia di Singapura yang tidak dapat bekerja sejak Mac lepas kerana tidak dapat berulang alik ke negara itu,” katanya.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Johor, Mohd Tarmizi A. Razak pula mahu kerajaan nege­ri memperbanyakkan program peningkatan kemahiran untuk belia.

Beliau berkata, ia merangkumi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), skim latihan perindustrian dan latihan kemahiran lain.

“Ia adalah untuk memastikan belia mendapat ilmu secukupnya bagi memasarkan diri mereka di alam pekerjaan sekali gus mengelak lambakan pengangguran daripada terus berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×