Lambang wanita asli ialah bijak membawa diri dengan alunan langkah yang rapi di samping bergaya dan tampil yakin dengan penampilan diri itu sendiri. Secara tidak langsung, fesyen berkait rapat dengan keyakinan diri seseorang insan.
Menitikberat mengenai itu, pengasas Ana B Official, Ana Bentaleb terpanggil untuk mengeluarkan koleksi terbaharu Ana B Official yang memberi fokus kepada fesyen moden Muslimah.
Meskipun mempunyai latar belakang pengajian undang–undang, wanita berusia 29 tahun ini meletakkan visi dan misi untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap yang diceburi. Oleh itu, Ana memilih untuk melancarkan koleksi terbaharu Ana B Official bersama #MisiMencariKekasih dan #TamakPahala2019. Kempen #MisiMencariKekasih bermatlamat mendapat keredaan Allah SWT dengan melakukan kebaikan secara berterusan. Sementara itu, tanpa menghadkan klasifikasi kebaikan, kempen #TamakPahala2019 mengajak orang ramai yang ingin bersama-sama melakukan kebajikan, kebaikan dan menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.
Jenama ini sebenarnya tidak asing dalam industri fesyen walaupun telah menyepi setelah hampir tiga tahun dan 2019 memberikan sinar baharu kepada Ana B Official untuk membawa koleksi terkini, di samping memperkenalkan misi misi murni untuk dikongsikan bersama. Mempunyai lebih 10 pilihan setiap koleksi tudung labuh dan jubah, Ana B Official amat teliti dengan pemilihan material yang sejuk, berkualiti, tidak jarang dan paling penting memenuhi tuntutan syariah agama.
Dalam pada itu, bertepatan dengan misi dakwah sambil berniaga, Ana B Offucial memperkenalkan pelakon Ardell Aryana sebagai duta 2019. Untuk sebarang maklumat lanjut dan informasi terkini mengenai Ana B Official dan misi serta kempen murninya, boleh melayari laman sesawang www.anabofficial.com.











