NEW YORK 4 Mei- Bintang YouTube, Austin Jones berdepan hukuman 10 tahun penjara selepas mendesak beberapa gadis remaja menyerahkan gambar ‘tidak senonoh’ kepadanya.
Jones, 26, pernah dikecam pada tahun 2015 kerana mengarahkan beberapa orang peminat merakam aksi mereka melakukan tarian ‘twerk’ untuk dikongsi kepadanya.
Kemudian, pada 2017 , beliau sekali lagi mencipta kontroversi apabila mengarahkan peminat bawah umurnya merakam video lucah untuk tontonannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jones, yang memiliki hampir 500,000 pengikut di YouTube ditahan polis pada Jun 2017.- AGENSI











