Lelaki baharu selepas 3 minggu cerai - Utusan Malaysia

Lelaki baharu selepas 3 minggu cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMPAKNYA, penyanyi hebat Adele tidak sesekali membenarkan dirinya terus dibelenggu dengan kesedihan atau kemurungan akibat perceraian.

Jika wanita lain mungkin bisa merasakan tiga minggu adalah tempoh terlalu awal untuk mencari pengganti hidup yang baharu, ia bagaimanapun berbeza dengan penyanyi ini.

Didakwa kini sedang intim dengan seorang lelaki misteri, khabar angin itu tersebar setelah media antarabangsa melaporkan Adele dikesan keluar berseronok di New York, Amerika Syarikat (AS)

Memuatkan artikel berkaitan…
 

baru-baru ini.

Bukan sahaja keluar untuk temu janji, penyanyi yang hit dengan lagu Someone Like You dan Hello ini didakwa bercumbu dengan lelaki berkenaan di dalam sebuah kelab malam terkemuka di sana.

Apa yang menariknya, khabar angin itu  turut menyebut lelaki misteri berkenaan dikatakan mempunyai rupa paras seakan-akan bekas suaminya, Simon Konecki.

Seperti Simon, lelaki tersebut juga mempunyai jambang dan janggut cuma rupa parasnya kelihatan lebih rapi dan kacak berbanding bekas suaminya.

“Adele adalah seorang wanita yang kuat. Bahkan dia nekad untuk tetap meneruskan hidup sama seperti orang lain yang pernah melalui fasa perpisahan.

“Tetapi, sejak dia berpindah ke Los Angeles (LA), tak dinafikan dia semakin menyukai lelaki Amerika dan pernah bercumbu dengan seorang jejaka di New York.

“Apa yang boleh dikatakan, mereka sedang dalam proses saling mengenali namun Adele buat masa ini belum lagi mahu membina sebuah hubungan yang serius,” kata sumber.

Meletakkan fokus pada anak, Angelo Adkins, 7, Adele mungkin mahu hidup bebas tanpa sebarang ikatan dan yakin itu adalah yang terbaik buatnya pada masa ini.

“Dia masih muda dan tentunya mahu berseronok. Ada juga antara kawan-kawannya bergurau bahawa dia selepas ini boleh cuba mencari pasangan atau kenalan menerusi aplikasi Tinder,” kata nya lagi.

BOCOR RAHSIA

Masalah yang melanda Adele dan Simon sebenarnya sudah dihidu sejak sekian lama apabila dia jarang muncul dalam acara hiburan bersama bekas suaminya itu.

Lebih menguatkan gosip, dia dikatakan telah mengadakan sebuah parti rahsia sekitar bulan lepas bersama teman baiknya, pelakon Jennnifer Lawrence bagi meraikan dirinya yang kini kembali solo.

Ketika berseronok di parti berkenaan, dalam keadaan mabuk, Adele didakwa telah membuat pengumuman dalam jenaka bahawa dia kini sudah bergelar suri rumah.

Tidak lama kemudian, penyanyi ini muncul menggemparkan dunia hiburan apabila dia secara rasminya telah berpisah dengan Simon setelah lapan tahun bersama.

Media antarabangsa juga melaporkan bahawa Adele dan bekas suaminya itu sudah beberapa tahun hidup berasingan sebelum bercerai secara rasmi.

Pasangan ini mengumumkan perceraian mereka pada 16 April lalu.

Pun begitu, saat dirinya sedang dilanda malang sebagai ibu tunggal, Adele kini menyibukkan dirinya di studio rakaman di Manhattan, AS.

Menurut sumber, Adele cuba menyalurkan emosinya menerusi muzik, pertama kalinya dalam tempoh empat tahun sejak dia muncul dengan album ketiga berjudul 25.

Dalam pada itu, spekulasi mengenai punca perceraian Adele terus bertebaran dalam kalangan peminat dan pengikutnya dalam media sosial.

Antara yang dipertikai dan dikaitkan adalah kedua-duanya tidak lagi sefahaman selain kehidupan Adele yang dilihat sangat sibuk setelah bergelar seorang bintang Anugerah Grammy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini