Taufan Fani: sembilan maut di Bangladesh - Utusan Malaysia

Taufan Fani: sembilan maut di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHULNA 4 Mei- Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh selepas taufan Fani mengganas di Bangladesh.

Taufan yang dikategorikan antara terburuk pernah berlaku itu turut mengakibatkan 36 kampung di kawasan pesisir pantai ditenggelami air dan 1.6 juta penduduk sekitar terpaksa dipindahkan.

Daripada sembilan yang terbunuh, lima daripadanya merupakan penduduk di daerah Kishoreganj yang maut akibat dipanah petir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap kepada Kementerian Bencana, Shaheen Sultana memberitahu sekurang-kurangnya 63 orang dilaporkan cedera.

Dalam pada itu, 12 orang dilaporkan mati selepas taufan itu melanda India.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini