Azwa Kota Jembal meninggal dunia - Utusan Malaysia

Azwa Kota Jembal meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 4 Mei – Penyanyi dikir barat tersohor negeri ini, Azwa Kota Jembal yang dilaporkan terlantar sakit akibat menghidap kanser hidung sejak Februari lalu, meninggal dunia hari ini .

Azwa Kota Jembal, 38, atau nama sebenarnya Che Awadi Che Soh meninggal dunia di sisi isteri, Nor Asyikin Abd Rahman, 27, tiga anak serta keluarga terdekat di kediamannya di Kampung Senang, Kedai Lalat, di sini pukul 2.40 petang ini.

Menurut Nor Asyikin, Allahyarham kelihatan lemah sejak tiga hari lalu selain sering sukar tidur serta mengadu berasa tidak selesa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arwah tenat bermula pukul 1 petang jadi doktor datang ke rumah untuk memberi rawatan lanjut seperti masukkan air, namun keadaan suami tidak bermaya dan nadinya juga lemah.

“Dia sudah tidak mampu bercakap sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nor Asyikin memberitahu, Allahyarham Azwa Kota Jembal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Atas Beris, di sini, pukul 6 petang ini.

Media baru-baru ini melaporkan, Azwa Kota Jembal terlantar sakit dan tidak mampu menguruskan diri selepas menderita penyakit kanser hidung sejak akhir Februari lalu.

Difahamkan, penyakit itu sudah merebak ke bahagian otak dan mata menyebabkan penglihatan dia terjejas sejak Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini