Nelayan dikhuatiri lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Nelayan dikhuatiri lemas ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 4 Mei – Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ketika dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan bersama tiga rakannya malam tadi ditemukan mati lemas di Pantai Kuala Paka di sini hari ini.

Mayat Muhamad Firdaus Abdullah, 21, ditemukan dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 11.40 pagi berdekatan Pelabuhan Kerteh di Kemaman.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sufian Muhamad berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…
ANGGOTA bomba menarik keluar nelayan yang lemas dalam kejadian di Pantai Kuala Paka, malam tadi. - U
ANGGOTA bomba menarik keluar nelayan yang lemas dalam kejadian di Pantai Kuala Paka, malam tadi. – UTUSAN ONLINE

“Operasi yang bermula pukul 7 pagi tadi ditamatkan pukul 12.30 tengah hari dengan penemuan mayat mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Muhamad Firdaus dikatakan terjatuh kira-kira dua batu nautika di perairan Kuala Paka ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Kuala Dungun.

Cemas dengan kejadian itu, tiga lagi rakannya bertindak mencari mangsa di kawasan sekitar namun, usaha itu gagal lalu mereka menghubungi salah seorang ahli keluarga mangsa bagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bomba dengan kekuatan lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka bergegas lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 10.24 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini